Thursday, March 19, 2009

Perumahan Bandar Sri Permaisuri

Bandar Sri Permaisuri, lokasi yang terletak di daerah Cheras. Bersebelahan dengan Bandar Tun Razak. Perkembangan dan kemajuan yang pada kiraan saya adalah sangat pesat. Saya telah tinggal di sini dari tahun 2002. Menetap di salah satu perumahan yang terdapat di sini

Dua pemaju yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Sri Permaisuri. "Dwitasik" dan "Danau Lumayan". Kedua-dua pemaju tersebut telah membina pelbagai jenis bangunan dari flat, apartment, kondominium, townhouse dan juga lot-lot kedai pejabat.

Berapakah jumlah perumahan yang ada? Mari kita sama-sama kira.
1) Penara
2) Cendana
3) Cemara
4) Bayu Tasik I & II
5) Cengal
6) Lestari
7) Mentari
8) Kasturi
9) Laman Tasik
10) Vista Amani
11) Lumayan (tu kira Bdr Permaisuri atau Bdr T. Razak??)

Itu belum termasuk dengan deretan kedai yang ada. Apa nama deret kedai yang ada Maybank dan JPJ tu? Lain..Dataran Dwitasik yang sudah beroperasi. Danau Avenue yang masih dalam proses terakhir pembinaan. Begitu juga dengan masjid yang juga dalam proses pembinaan. Anda belum tahu ada masjid di sini? Carilah di area Flat Sri Penara, sebelah sekolah menengah. Betul-betul tepi jalan. Masih tak jumpa? Masih tak nampak? Sahlah anda bak kata P.Ramlee dalam filem "Nujum Pak Belalang"....

....bersambung

No comments:

Post a Comment